Friday, June 24, 2011

sayang dya ketat..

siyes aku syg dya ketat2..
aku mmg jaat kalo nmpk dari luaran..
tp kalo org yg toi2 knai aku taw cmna aku nie..
erm..
aku sayang kt sumone nie..
tp aku xtw la dya syg aku ke x..
kiranya skunk nie aku dlm percintaan yg bertepuk sebelah tgn la..
huhuhuhu.
xpe..
pelan2 kayuh..
lama2 dpt ar..
walaupun aku xdpt dya xpa..
aku xkesah..
jnjy dya dpt jd sumone yg istimewa bt aku..
dlu aku pernah ada sumone yg istimewa..
tp dya dh berubah sbb pa aku xtw..
dya kata aku tggl dya..
aku xkesah la..
mula2 mmg la ssah nk lupakan tp lama2 perghh..
mmg sng tp mksud aku bkn lupa troih..
uish..aku xkejam cmto eyh..
aku bek..wah angkt bakul sndri lak..hehehe
org yg aku syg nie dya xla cun tara mna..
tp aku xkesah mua tu..
bg aku kechantekan adalah bonus bg aku..
aku utamakan keikhlasan dan kejujuran dlm menjalani hari2 yg penuh cbaran..
awk..
saia nk gtw nie.
if awk baca n awk taw saia tulis bnda nie utk awk,saia nk gtw nie..
saia nk awk..
saia syg awk..
dlm aty saia skunk mmg ada awk..
walaupun awk taw skunk saia cmna kan..
apa pun saia ttp akan syg awk walaupun awk xsyg saia mcm mna saia syg awk..

khas buat insan yg tersyg..
dari insan yg mnchentaimu..
ku tujukan khas btmu syg..

Thursday, June 16, 2011

benarkah anda mahu lelaki yg soleh?

''Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"
Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud."Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi.Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

oleh:http://muslimkualiti.blogspot.com/

~Jom Tutup Aurat Dan Jaga Akhlak~